Monday 25 March 2019

'Rakyat Malaysia Perlu Minum Satu Sudu Minyak Kelapa Sawit Setiap Hari '- Tun M

Tags




Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berharap semua rakyat Malaysia supaya meminum satu sudu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen "Sayangi Sawitku".

Beliau turut memberikan contoh satu negara berpenduduk 1. billion yang tidak dinamakan, jika mereka guna kelapa sawit satu camca setiap hari, negara Malaysia akan menikmati kekayaan.

"Kita harap, semua daripada kita akan minum satu sudu kelapa sawit sehari. Ada sebuah negara yang saya tak payah namakan, negara ini mempunyai penduduk seramai 1.4 billion. Kalau mereka boleh dipujuk guna kelapa sawit satu camca satu hari, kita akan terus menjadi kaya. Inilah harapan kita." - Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kempen Sayangi Sawitku di Ladang East Pulau Carey, Kuala Langat, semalam yang disiarkan secara langsung di TV1.

Scroll dibawah untuk tonton video...

Turut hadir Menteri Industri Utama Teresa Kok, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar serta Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Dalam ucapan beliau itu, perdana menteri turut mengkritik Eropah yang kerap memberikan persepsi negatif terhadap minyak sawit.

"Alasan mereka, minyak dihasilkan mereka tidak boleh lawan dengan kelapa sawit. Kita tanam sekali, 25 tahun boleh dapat hasil minyak sawit.

"Kalau tanam kacang soya, mereka terpaksa tanam tiap-tiap tahun untuk dapat hasil, dengan itu minyak sawit lebih murah dan lagi maju dalam pasaran.

“Untuk melawan (minyak sawit), inilah mereka buat cerita sudah tiada hutan dalam Malaysia, orang utan sudah tiada, harimau pun tiada di sini," - Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata perluasan penanaman kelapa sawit di Malaysia dihentikan, sebaliknya beliau mencadangkan supaya penanaman alternatif seperti buluh digiatkan kerana permintaan tinggi tanaman tersebut terutamanya di Jepun.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok.

"Kini adalah masa yang sesuai bagi kita untuk hentikan perluasan penanaman kelapa sawit. Lihat pada tanaman lain. Sebagai contoh, seperti, anda tahu, di Pahang. Beberapa kawasan ha, buluh. Buluh tumbuh dengan sangat cantik, banyak pokok buluh. Buluh boleh ditukarkan kepada pelbagai err. errrr… bahan arrr! dan errr.. ada err... orang jepun adalah pasaran yang hebat untuk produk buluh" - Teresa Kok



Video: https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/videos/312962616084691/ minit 47:52



Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon