Monday 18 March 2019

Sambungan Video Tangkapan Jufazli Shi Pula Kini Tersebar.

Tags




Sambungan kepada video tangkapan Jufazli Shi Ahmad, pula kini tersebar.

Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang wanita yang dipercayai saudara kandung Jufazli memeluk erat tubuh Jufazli bagi menghalang beliau dari ditahan oleh pihak polis.

***Scroll ke bawah untuk tonton video.

Dalam video itu, dapat didengari percakapan pihak polis yang berkata ia cuma penahanan, dan Jufazli boleh mencabarnya di mahkamah manakala Jufazli berkeras tidak mahu memberikan kerjasama.

Berikut merupakan beberapa transkrip yang dapat didengari dari video terbabit:

"Anda boleh mencabar penahanan ini di mahkamah. Kami cuma mahu menahan anda.." - pihak polis.

"Tidak! Tidak. Saya mahu lawan sekarang. Saya tahu perlembagaan persekutuan. Saya tidak akan tunggu mahkamah" - Jufazli.

"Aku takkan lepaskan (Jufazli)! Allahuakbar!" - Wanita dipercayai saudara kandung Jufazli.

Pada 16 Mac lepas, Jufazli menyiarkan secara langsung 'drama' penahanan beliau melalui akan facebooknya. Dalam video tersebut, beliau mendakwa penahanan beliau itu adalah kerana Dr Mahathir takut dengan beliau.

Walau bagaimanapun, video tersebut terhenti sebaik sahaja pihak polis bertindak untuk menahan beliau setelah hampir satu jam tertangguh oleh kerana Jufazli enggan memberikan kerjasama dengan memberikan alasan tiada waran tangkap.

Sementara itu, DAP Sabah menafikan bahawa Jufazli Shi Ahmad merupakan ahli DAP, lapor Borneo Post. Menurut setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin, Jufazli sebelum ini memang ada memohon untuk menjadi ahli pada 2017, tetapi permohonan beliau tidak pernah diluluskan.

FMT melaporkan pada 2017 bahawa permohonan Jufazli untuk menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup diserahkan kepada Lim Kit Siang.


Pada 9 November 2016, Jufazli pernah ditahan selama seminggu dan disiasat kerana memfitnah, menghasut dan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

Penahanan beliau ketika itu turut dikritik oleh Syed Saddiq.


Walaubagaimanapun, penahanan Jufazli kelmarin tidak mendapat sebarang respon dari Syed Saddiq yang kini sudah menjadi menteri.

Pada PRU ke 14 lepas, Jufazli Shi Ahmad bertanding sebagai calon Bebas untuk Dun Tanjut Papat tetapi tewas, malah kehilangan deposit kerana cuma mendapat 533 undi.


Beliau popular di akaun facebooknya dengan melalui vlog yang kerap mengkritik dan menghina pemimpin politik negara.

Video terbabit:



Sumber

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon