Monday 26 October 2020

Kerajaan Perlu Luluskan Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP - Najib.

Tags




Mantan perdana menteri Najib Razak, 'mengatakan bahawa kini terdapat banyak permintaan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran secara one off sehingga jumlah mencecah rm10,000 daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP bagi kegunaan mendesak pada ketika ini'.

Sebelum ini Najib pernah mencadangkan supaya kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan duit daripada akaun 2 KWSP sebagai salah satu langkah membantu Rakyat dan merancakkan ekonomi semasa wabak pandemic covid-19. Pada waktu itu juga kerajaan telah menyambut baik cadangan nya serta melaksanakannya sebagai program I -Lestari di dalam pakej Prihatin Negara menurutnya.

Menurut Najib Razak lagi, permohonan ini boleh dipertimbangkan bersyarat pemohon mesti menandatangani surat aku janji serta berjanji akan mencarum semula pengeluaran one off sebanyak RM 10 ribu itu di dalam tempoh dua tahun akan datang selepas kepulihan ekonomi negara dan ianya tidak termasuk di dalam caruman bulanan yang biasa.

Di samping itu, Najib Razak juga menasihatkan bahawa dividen KWSP yang biasanya lebih tinggi berbanding kadar faedah akaun simpanan bank dan simpanan KWSP adalah penting untuk usia tua rakyat selepas mereka bersara. Oleh yang demikian Najib menasihatkan Rakyat supaya jangan membuat pengeluaran KWSP jika tiada kegunaan yang mendesak.

Di dalam posting tersebut Najib juga ada mencadangkan bahawa syarat akujanji bukanlah sebuah sebab mahu pencarum membuat Bayaran balik seperti pinjaman bank tetapi niatnya cuma untuk menggalakkan pencarum melebihkan simpanan di usia tua mereka disebabkan dividen KWSP adalah tinggi.

Tambahannya lagi jika tidak dapat bayar balik di dalam masa dua tahun yang diberikan, tidak akan ada sebarang penalti dan KWSP tidak akan boleh berbuat apa-apa. Ia cumalah untuk memperingatkan pencarum bahawa simpanan di dalam akaun KWSP adalah penting yang akan memberikan keuntungan kepada pencarum.

Sebelum ini Najib ada menyarankan kepada kerajaan negeri Sabah untuk memberikan bantuan tambahan khusus sebanyak RM1 ribu kepada sekitar 700,000 penerima bantuan prihatin Nasional di Sabah.

Beliau juga dilihat telah beberapa kali menanyakan hal tersebut di media sosial Facebook miliknya dan turut serta menyenaraikan 8 jenis bantuan yang perlu disalurkan kepada rakyat Sabah yang teruk terkena impak pandemik Covid-19.

Sumber: Najib Razak Page

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon