Monday 20 March 2017

Hang Pi Dulu Sat Lagi Aku Mai...Kenangan Terakhir Cikgu Shamsul Dan R6...Dia Maut Ketika Bercuti.

Tags



Cikgu Shamsul Anuar bertugas sebagai guru di Kapit Sarawak dia pulang bercuti di kampung halaman nya di Kulim Kedah.


Minat mendalam pada motosikal kuasa tinggi menyebabkan beliau tidak melepaskan peluang untuk berkonvoi bersama rakan-rakan bila kelapangan di masa cuti sekolah.

Namun tidak disangka ajal nya tiba apabila motosikal kuasa tinggi milik nya Yamaha R6 terlibat dalam kemalangan apabila jentera yang ditunggangnya itu merempuh belakang lori yang mengakibat kan Cikgu Shamsul maut di tempat kejadian.

Mengikut sahabat arwah Cikgu Shamsul amat disenangi rakan selalu terlibat dalam aktiviti sukan seperti futsal kini arwah telah pergi buat selamanya. 


Ini luahan sayu sahabat arwah AF Ahmad;

Innalillahiwainnailaihirajiun..... Allah lebih sayangkan ang Shamsul Anuar Bin Ahmad....x sempat nk jumpa pskpp thn ni...rehatlah dengan tenang....trademark "ang p dlu sat g aku mai" mmg aku ingat sampai bila2.....lost but not forgotten..

Harian metro melaporkan seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai melanggar belakang sebuah kenderaan lain di kilometer 312.4 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Tapah, hari ini.






Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa Shamsul Anuar Ahmad, 28, yang menunggang motosikal jenis Yamaha R6 meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti.

Katanya, ia berdasarkan kesan kerosakan bahagian hadapan motosikal berkenaan.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah dan bedah siasat sedang dijalankan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini.

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon