Wednesday 7 June 2017

Jutawan Sekelip Mata...Suri Rumah Menang RM 23 Juta 4D Jackpot Magnum.

Tags




Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Baru-baru ini, seorang suri rumah dari Selangor telah menjadi kaya sekelip mata apabila beliau memenangi wang tunai sebanyak RM23 juta lebih dengan membeli beberapa nombor Magnum 4D Jackpot.

Nombor yang pemenang ini miliki adalah 1155 untuk hadiah kedua dan 2293 untuk hadiah ketiga. Dia mengatakan bahawa nombor yang dimiliki telah diilhamkan daripada mimpinya.

"Saya telah terfikir tentang angka-angka ini beberapa kali, tetapi apabila saya bermimpi tentang nombor yang sama, saya terus pergi keluar dan membeli nombor-nombor tersebut," katanya.

"Saya tidak pernah menjangka nombor-nombor ini akan mengubah hidup saya menjadi jutawan. Pada mulanya, saya tidak percaya tetapi apabila saya tengok semula keputusan itu dan anak-anak saya mengesahkan pekara itu, saya berasa gembira sangat," katanya lagi.

Suri rumah tersebut memenangi 4D Jackpot 1 bernilai RM23,105,950 pada 20 Mei yang lalu dengan pertaruhan pada Sistem Bet 26 sebanyak RM650.

"Tambahan lagi, dengan memenangi hadiah grand pada 20 Mei lalu yang juga bersamaan 520 dalam angka mempunyai makna istimewa bagi saya kerana nombor 520 dalam bahasa Cina bermaksud 'I LOVE YOU'," ujarnya sambil menambah bahawa dia tidak pernah berputus asa berharap bahawa nasibnya akan suatu hari nanti.

Menurutnya, ketika dia memeriksa keputusan melalui aplikasi Magnum 4D Live, dia hampir terkena serangan jantung apabila melihat perkataan, "Anda Menang" muncul pada skrin telefon setelah dia diimbas tiket yang dimiliki.

Katanya, dia ingin berkongsi kebahagiaan ini bersama dengan ahli keluarganya, malah dia ingin membuat kejutan untuk suaminya.

"Begitu banyak pengorbanan setiap seorang daripada kami dalam keluarga ini dan kini adalah masa untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

"Saya berasa sangat lega apabila mengetahui bahawa kewangan kami telah stabil. Sebagai seorang ibu, keutamaan saya adalah keluarga," katanya.

Wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepada Magnum dengan mengatakan bahawa ia adalah satu permainan yang menarik kerana ia akan sentiasa datang dengan cara yang baru dan menarik untuk meningkatkan peluang pelanggan mereka untuk menang.

Sementara itu, seorang wakil Magnum menyatakan bahawa, kami berasa seronok untuk bertemu pemenang kerana mereka gembira dengan kemenangan ini dan itu adalah apa yang syarikat kami sentiasa berusaha untuk mencapainya dimana ramai pelanggan mempunyai pengalaman memenangi hadiah yang disediakan.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon