Tuesday 3 September 2019

Anak AR. Badul Mati Tertembak.

Tags




KUALA LUMPUR: Seorang Mejar Komando Kem Sungai Udang dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa latihan di Sabah, pukul 9.20 pagi ini.

Memetik sumber, mangsa, Mejar Mohd. Zahir Armaya, 36, merupakan anak pelakon lagenda, AR Badul itu mati semasa melakukan demonstrasi akibat terkena tembakan pistol Glock.

"Tembakan itu dipercayai tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang dipakai mangsa," jelas sumber itu.

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir yang telah berkeluarga merupakan pegawai di pasukan 11 Rejimen Gerak Khas. - Kosmo

..............................................

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Bhg Tuan.

*Laporan Pegawai Terlibat Dengan Kemalangan Dalam Latihan*

1. No, Pkt, Nama: Mejar Mohd Zahir bin Armaya (3009490)
2. Pasukan: Skn Sierra, Rejimen 11 Gerak Khas
3. Tarikh Lahir: 03 Apr 1983
4. Umur: 36Thn
5. Agama: Islam
6. Bangsa: Melayu
7. Jantina: Lelaki
8. T/Masuk Tentera: 8 Okt 2002
9. T/Tamat Perkhidmatan: 02 Apr 2038
10. Status: Berkhwin
11. Insuran Kelompok: 10 Unit ( 293391)
12. Kumpulan Darah: B+
14. Nama Waris: Nour Shafinar bt Harun
15. Alamat Waris: Blok G 06-A-07-01, RKAT Kem Wardieburn, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
16. No.Tel Waris: 018-266XXXX

*Ringkasan Kejadian*

a. Pada 04 Sep 2019 jam lebih kurang 0855h pegawai tersebut yang sedang melaksanakan demonstrasi gimik sempena penubuhan 5 Div telah membuat aksi tembak menembak dengan Lt Kol Mohd Razahar bin Rashid (3008821). Semasa aksi tersebut, Mej Zahir melakonkan aksi menembak Lt Kol Razahar menggunakan pistol jenis Glock 17 (9mm) dimana kedua-dua pegawai tersebut telah memakai jaket keselamatan bersama plet kalis peluru di bahagian yang akan ditembak.

b. Mej Zahir telah menembak ke arah Lt Kol Razahar dan kena tepat di plet yang dipakai oleh Lt Kol Razahar. Tembakan balas oleh Lt Kol Razahar kepada Mej Zahir telah tersasar sedikit ke bahagian atas plet dan terus terkena ke bahagian belakang badan Mej Zahir. Mej Zahir telah ditarik keluar dari lokasi kejadian dan telah mendapat rawatan kecemasan awal dari pasukan perubatan yang bertugas.

c. Semasa rawatan awal kecemasan tersebut, Mej Zahir tidak memberikan tindakbalas dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Mej Zahir telah dimasukkan ke Unit Kecemasan untuk rawatan susulan dan diletakkan dalam status 30-70.

d. Mej Zahir telah disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 0920h.

e. Jenazah akan diuruskan oleh pihak hospital setelah selesai bedah siasat. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid As-Salam, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disolatkan di masjid yang sama. Pengurusan pengkebumian masih dalam perancangan dan menunggu keputusan dari waris untuk menentukan lokasi pengkebumian.

*Sekian, untuk makluman Tuan.*

...

Untuk rekod arwah pernah terselamat bila payung terjunnya menghadapi masalah tahun lepas ketika terjun free fall. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AMIN.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon