Friday 4 January 2019

RON95 Dan RON97 Turun 27 Sen Bermula Tengah Malam Ini.

Tags




Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Semua harga itu berkuat kuasa mulai 5 Januari 2019 sehingga 11 Januari 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini.

"Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019.

"Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini," katanya lagi seperti dipetik portal Malaysiakini.

Ini bermakna apabila harga petroleum di pasaran dunia turun, harga runcit produk petroleum juga akan diturunkan bagi membolehkan pengguna menikmati manfaat penurunan harga minyak dengan segera.

"Namun apabila harga pasaran dunia naik, demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi," katanya.

"Kaedah baru ini ialah inisiatif kerajaan persekutuan Pakatan Harapan yang tidak pernah diamalkan sebelum ini," katanya.

Menurut Lim, pengumuman harga runcit bahan api itu akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.

Loading...

Artikel Terkait

Content Champion at Media Asia Berhad.


EmoticonEmoticon